fbpx

TIPS MENETAPKAN AZAM BARU TAHUN 2020


Cuba korang check balik, ada tak azam tahun 2019 korang yang tak capai? adakah azam korang tu realistik untuk dicapai?


Haaa meh baca tips dalam menetapkan azam/goals untuk tahun 2020 ni. Kita akan gunakan kaedah S.M.A.R.T, apa itu SMART?:


1. S – Specific
Azam/goals korang kena lah SPECIFIC which is tidak bercampur dengan benda2 lain. Bila dah fokus baru lah senang nak motivate diri untuk capai goals tu. Gunakan 5 persoalan yang biasa digunakan dalam menetapkan goals, Who, What, When, Why, Where, Which.


2. M – Measurable
Azam korang juga boleh dikira ye, sebagai contoh, nak turun berat badan sebanyak 10kg, jangan lah letak azam seperti “tahun depan nak kurus”. Persoalan biasa yang digunakan untuk goals yang boleh diukur ni adalah seperti : How much?, how many? how i know when it is accomplished?


3. A – Achievable
Janganlah meletakkan azam/goals yang boleh membuatkan kita lemah semangat atau putus asa. Azam/goals adalah sesuatu yang membuatkan kita terus bersemangat. Motivasi diri anda sendiri sama ada anda ada kekuatan atau kemahiran dalam mencapai azam tersebut? kalau tak ada kekuatan atau kemahiran dalam mencapai azam tersebut apa yang boleh lakukan?


4. R – Realistik
Ikut logik dan keupayaan anda juga dalam menetapkan goals/azam tersebut, maknanya goals anda haruslah dalam daya upaya anda sendiri tanpa melibatkan faktor luaran, kalau ada faktor luaran sekali pun, anda ada kawalan terhadap faktor luaran tersebut.


5. T – Timely
Timely ni adalah lebih kepada deadline kepada matlamat/azam yang anda dah tetapkan. Jangan tetapkan sesuatu azam tanpa ada deadline yang pasti, nanti anda akan drag masa atau procrastinate dalam mencapai azam tersebut. Setkan goal-goal kecik yang boleh dicapai dalam masa yang pendek, goal-goal kecik ni yang akan membantu anda dalam mencapai matlamat yang lebih besar.


So ada lagi seminggu ni boleh lah anda fikir-fikirkan dan rancang azam bagi tahun 2020 nanti dengan berasaskan kaedah SMART ini. Selamat mencuba!