TIKET UNTUK KERJA BIDANG OIL & GAS

Admin hari ni nak kongsi beberapa soalan top yang biasa admin terima melalui media sosial ni terutama kat Facebook, antara soalan yang biasa admin terima:

1. Saya minat nak kerja offshore/oil & gas/petronas, macam mana ye?
2. Saya nak kerja dalam oil & gas, kursus apa yang saya boleh ambil ye?
3. Kalau saya amek kursus ni boleh tak saya nak kerja offshore?

Hari ni admin akan cuba terangkan salah satu “tiket” untuk masuk dalam bidang oil & gas ni.

Mungkin ramai yang pernah dengar nak masuk kerja oil & gas ni susah, tapi susah macam mana tu?apa sebab ia jadi susah?ada jalan mudah tak?

Pertama sekali nak cakap, TAK ADA JALAN MUDAH untuk BERJAYA! Nak berjaya datang dengan USAHA dan SEMANGAT, kalau tak ada dua benda ni JANGAN MIMPI nak berjaya.

TIKET untuk kerja dalam bidang oil & gas (offshore/onshore):

1. AKADEMIK

Melalui persijilan akademik, bagi individu yang cemerlang dalam bidang akademik sejak dari zaman persekolahan dah boleh mula merancang dan menyusun perjalanan dengan membuat kajian ringkas tentang pengajian diploma/asasi yang related dalam bidang oil & gas, yang kebanyakannya datang dari program kejuruteraan. Banyak universiti awam dan swasta yang menawarkan program kejurutueraan sekarang, cuma pastikan institut tersebut diiktiraf atau lebih senang yang mendapat pengiktirafan MQA.

Bila dah mulakan pengajian, bermula lah perjalanan anda sebagai mahasiswa, kalau admin nak cerita perlu buat apa zaman study ni panjang, jadi cerita berepisod pula. Admin cuma nak cakap belajar bersungguh-sungguh, cari pengalaman yang berkaitan dengan kerjaya, cari kawan yang baik dan dapatkan keputusan yang baik, sebab dengan keputusan yang baik ni lah salah satu tiket untuk anda masuk dalam bidang oil & gas ni.

Tips : cari tempat latihan industri yang berkaitan dengan bidang dan belajar sebanyak mana yang boleh dan fokuskan.

2. KURSUS-KURSUS KEMAHIRAN/KESELAMATAN

Bagi yang tak berpeluang dengan pencapaian akademik yang memberangsangkan JANGAN BERPUTUS ASA!

Sebab zaman sekarang bukan akademik sahaja yang menjadi kayu pengukur untuk berjaya, banyak kursus-kursus kemahiran dan keselamatan di luar sana yang mampu memberi impak kepada perjalanan kerjaya anda dalam bidang oil & gas ni.

TAPI INGAT! buat kajian dahulu mengenai pusat latihan yang menawarkan kursus-kursus ni dan buat kajian mengenai jenis kerja yang anda ”mampu” lakukan jika anda ingin menghadiri kursus tersebut. Setiap kursus yang ditawarkan pula ada tred-tred atau nilai yang tersendiri bergantung kepada kursus.

Contoh kursus yang tidak melibatkan pengajian akademik yang tinggi adalah KURSUS PENGENDALIAN PERANCAH, cuma kursus ni perlu ada nilai-nilai seperti :

1. Rajin
2. Tidak mudah putus asa
3. Boleh bekerja secara berpasukan
4. Hati kental.

Kalau anda ada nilai-nilai di atas anda boleh lah jadi sebagai pengendali perancah yang kompeten.

Admin kongsi ni sebab nak buka minda atau memberi penjelasan sebelum membuat keputusan untuk menceburi mana-mana bidang sebab bidang apapun yang diceburi pasti akan ada cabaran yang akan mendatang sepanjang perjalanan korang. Semoga berjaya bagi sesiapapun yang sedang mencari peluang kerjaya dan mudah-mudahan ada rezeki yang baik untuk anda.

Mana-mana individu yang telah berjaya dalam 2 cara ni boleh kongsikan cerita korang, mana lah tahu ada adik-adik yang sedang buntu untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga.

#kerjaya #kursusscaffold #hrsbtraining